MURID BARU.
1. Berumur 7 tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun (sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
2. Borang yang tidak lengkap dianggap GAGAL.
3. Disahkan
oleh doktor pakar kanak-kanak dngan menggunakan borang pemeriksaan
doktor yang disediakan. Setiap butiran tepat dan menerima pemeriksaan
yang terperinci. (laporan doktor diwajibkan. Borang pemeriksaan boleh
didapati di Unit Khas JPN, Pejabat Pendidikan Daerah – U.P.: Pen. PPD Pra Sekolah).
4. Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN
dan calon yang layak akan dihantar untuk ditemuduga oleh ahli panel
yang akan menentukan sama ada calon layak atau tidak layak untuk
ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi. (Prosedur ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan).
5. Keputusan
temuduga akan diserahkan ke JPN untuk urusan tawaran penempatan.
Tawaran penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja. Ciri-ciri calon yang layak diterima adalah;
i. boleh urus diri tanpa bantuan orang lain.
ii. Tiada kecacatan fizikal yang teruk.
iii. Tidak
mengalami masalah sikap / tingkah laku luar biasa seperti hiperaktif
(yang sukar dikawal), ganas atau masaalah mental yang teruk.
iv. Tidak mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan kronik, jantung dan lain-lain.
6. Calon
yang layak akan ditempatkan ke program integrasi yang berhampiran dan
sesuai bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon dianggap sebagai calon menunggu.
7. Setiap calon yang telah ditempatkan akan menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan.
Pihak sekolah / penyelaras program akan membuat laporan mengenai
perkembangan sikap dan prestasi pembelajaran murid tersebut. Sekiranya
layak, murid tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi
murid yang gagal selepas tempoh percubaan, pihak sekolah akan membuat
cadangan penangguhan kepada pihak JPN, dan pihak JPN akan mengeluarkan
surat penangguhan.
8. Bagi
murid yang gagal di peringkat temuduga atau tempoh percubaan, boleh
memohon semula sekiranya murid tersebut telah melalui pemulihan seperti
di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau agensi swasta lain.
9. Had umur pembelajaran murid di program integrasi adalah;
i. Sekolah rendah – 7 hingga 13 tahun.
ii. Sekolah menengah – 14 hingga 19 tahun.
Walau bagaimanpun prestasi
bulanan setiap murid akan menentukan tempoh pembelajarannya. Sekiranya
pada satu-satu tempoh itu, murid menunjukkan prestasi yang menurun dan
menimbulkan masalah kepada sekolah (guru dan rakan sebaya), maka murid
berkenaan boleh disarankan direhatkan / ditangguhkan bagi satu tempoh
masa sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap, kelakuan dan minat yang
positif.
No comments:
Post a Comment