Showing posts with label Autisme/ADHD. Show all posts
Showing posts with label Autisme/ADHD. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Tuesday, August 12, 2014

Tatacara Kemasukan Murid Berkeperluan Khas ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)



MURID BARU.
1.     Berumur 7 tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun (sekolah menengah) pada tarikh permohonan.
2.      Borang yang tidak lengkap dianggap GAGAL.
3.      Disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dngan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang disediakan.  Setiap butiran tepat dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (laporan doktor diwajibkan.  Borang pemeriksaan boleh didapati di Unit Khas JPN, Pejabat Pendidikan Daerah – U.P.: Pen. PPD Pra Sekolah).
4.      Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan calon yang layak akan dihantar untuk ditemuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada calon layak atau tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi. (Prosedur ini terkecuali untuk calon bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan).
5.      Keputusan temuduga akan diserahkan ke JPN untuk urusan tawaran penempatan.  Tawaran penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja.  Ciri-ciri calon yang layak diterima adalah;
i.         boleh urus diri tanpa bantuan orang lain.
ii.       Tiada kecacatan fizikal yang teruk.
iii.      Tidak mengalami masalah sikap / tingkah laku luar biasa seperti hiperaktif (yang sukar dikawal), ganas atau masaalah mental yang teruk.
iv.     Tidak mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan kronik, jantung dan lain-lain.
6.      Calon yang layak akan ditempatkan ke program integrasi yang berhampiran dan sesuai bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu.  Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon dianggap sebagai calon menunggu.
7.      Setiap calon yang telah ditempatkan akan menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan.  Pihak sekolah / penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan sikap dan prestasi pembelajaran murid tersebut.  Sekiranya layak, murid tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya.  Bagi murid yang gagal selepas tempoh percubaan, pihak sekolah akan membuat cadangan penangguhan kepada pihak JPN, dan pihak JPN akan mengeluarkan surat penangguhan.
8.      Bagi murid yang gagal di peringkat temuduga atau tempoh percubaan, boleh memohon semula sekiranya murid tersebut telah melalui pemulihan seperti di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau agensi swasta lain.
9.      Had umur pembelajaran murid di program integrasi adalah;
i.                     Sekolah rendah – 7 hingga 13 tahun.
ii.                   Sekolah menengah – 14 hingga 19 tahun.
Walau bagaimanpun prestasi bulanan setiap murid akan menentukan tempoh pembelajarannya.  Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah (guru dan rakan sebaya), maka murid berkenaan boleh disarankan direhatkan / ditangguhkan bagi satu tempoh masa sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap, kelakuan dan minat yang positif.
 
 Photobucket
 
 

Sunday, July 13, 2014

Buku-buku Mengenai Autisme






Sesetengah ibubapa tidak tahu apa itu Autisme dengan lebih terperinci..Maklumat mengenainya tidak banyak di laman carian..Kadangkala ianya tidak lengkap dan membuatkan ibubapa rasa sangsi..

Hari ni Irna akan perkenalkan beberapa buah buku sebagai panduan kepada ibubapa..Irna cuma ada sebuah ja koleksi buku iaitu "Aku Bersyukur Anakku Autisme". Irna beli di kedai buku MPH.


Ni contoh buku yang berada di pasaran


Monday, July 7, 2014

Definisi Gluten



Gluten ialah protein lekit apabila kanji dikeluarkan daripada tepung.Ia banyak terdapat pada gandum,barli,rye,oats dan sebagainya.



 


Contoh Makanan yang Mengandungi Gluten


Senarai Makanan Bebas Gluten dan Yang Mengandungi Gluten
Makanan Bebas Gluten

 
14 Tanda-tanda Anda Allergik Dengan Gluten

Thursday, June 19, 2014

Chapter 4 : Checkup Gigi Qayyum yg Pertama


Klinik Doktor Husli
Beberapa hari lepas,Qayyum mengadu sakit gigi.Jadi saya pun tengoklah mana gigi yang sakit..Wah...Gigi geraham sebelah kiri dah mula rosak.Ni semua gara-gara makan banyak gula-gula la..Qayyum ni pantang nampak ja gula-gula,habis dimakannya..
Habis satu rumah ditunjuk gigi dia yang sakit tu..Dalam hati pikir macam mana nk buat ni..Saya pun ambik la ubat demam Qayyum sebelum ni..Kebetulan ubat tu memang utk sakit gigi sama..Bagi Qayyum makan..Lega la kejap....Tak sampai sejam,sakit pulak..Meraung la Qayyum lagi.Serba tak kena dibuatnya..Sebab nk makan ayam x boleh...Heheheh...

Waktu tidur Qayyum pun terjejas disebabkan giginya yang sakit tu..Tak boleh jadi ni..Kena jugak bawak Qayyum jumpa doktor gigi..Walaupun rasa susah hati mcmana reaksi Qayyum nanti..
Pagi tu kami ramai2 buat lawatan kat klinik gigi..Heheh..Si Qayyim pun sibuk gak nk ikut.Sementara nk tggu giliran jumpa doktor,macam2 posing dibuat 2 beradik ni...
 
Cantik x gigi saya?

Macam ni gelagat Qayyum kalau kena tggu lama..Tapi saya akan pastikan bawa kereta mainan Qayyum setiap kali keluar rumah.Senang sikit nak handle..Tengok..Depan pintu pun boleh jadi trek kereta dia...

Qayyim kacau abahnya tidur
Sampai giliran Qayyum,abahnya la yang uruskan segalanya...Hehehe..Tak sampai 5 minit masuk,tiba2 Qayyum keluar nak ke tandas..2 3 kali jugak la keluar masuk tandas..Maknanya dia takut tu...Tapi Dr Husli ni pandai ambik hati budak2..Dia x terus check gigi Qayyum...Dia check tapak tangan dulu..Sembang dengan Qayyum..Last baru Dr Husli check gigi Qayyum..Kejap ja..Qayyum terus turun dari kerusi..

Saya dipanggil selepas Qayyum keluar...Apa pulak doktor nak kata ni..Dr Husli cuma nk terangkan ja..Hasil pemeriksaan Dr Husli,gigi Qayyum semuanya elok.Dia pun heran macam mana boleh gigi geraham sahaja yg rosak.Selalunya budak seusia Qayyum gigi banyak yg rosak..Dr Husli cuma bagi antibiotik dan ubat tahan sakit sahaja.Gigi Qayyum tak akan dicabut..Lega rasanya bila dgr Dr kata mcm tu.

Dr Husli kata gigi Qayyum dapat B+...Dr puji maknya pandai jaga gigi anaknya...(Hahaha) Bukan senang nk suruh Qayyum berus gigi..Hari-hari kena buat demo dlm bilik air...Alahai anakku Qayyum....

Sunday, June 15, 2014

Chapter 3 - Terapi Utk Qayyum : Bercuti di KL

Cuti sekolah yang lepas,kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur dan ia adalah aktiviti mencari pengalaman baru utk anak-anak terutama sekali utk Qayyum.


1. Naik LRT 

Ajar anak-anak cara nk beli tiket LRT

Qayyum dalam LRT

2. Ronda dalam KLCC

Ronda-ronda


Mandi-manda di kolam



3. Main kat Taman Tasik Titiwangsa


Play Time

4. Otw nak balik SP ( RNR Tapah dan Sg.Perak )


Qayyum dan adik Qayyim

Qayyum

Hasil dari percutian utk Qayyum

  • Banyak bercakap dan bercerita.
  • Boleh sesuaikan diri di khalayak ramai.
  • Kurang rasa takut pada orang asing.
  • Bergaul dengan rakan sebaya.
  • Belajar berdikari

Apa itu Tantrum dan Puncanya...




APA ITU TANTRUM?

Emosi yang diluahkan oleh kanak-kanak berusia dari sembilan bulan hingga setahun.Anak kecil seusia ini tidak tahu bagaimana utk memberitahu dan cara untuk mengendalikan perasaan mereka.

Masalah ini dapat diatasi apabila mereka berusia 3 tahun ke atas dan ianya akan hilang dengan sendiri.Dari segi psikologi,kanak-kanak melakukan tantrum kerana mereka ingin jadi lebih berdikari.Mereka ingin melakukan aktiviti harian seperti memakai baju sendiri,makan sendiri tetapi mereka kecewa kerana tidak dapat melakukannya sendiri.
 

PUNCA-PUNCA TANTRUM
  • Fizikal tidak selesa seperti lapar,penat atau sakit
  • Emosi tidak terkawal seperti takut,teruja atau bosan.Contohnya kunjungan temujanji doktor atau aktiviti membeli belah yang lama.
  • Ingin mendapatkan perhatian.Contohnya apabila anak membuat tindakan yang melampau sebenarnya adalah isyarat bagi ibu bapa yang mereka ingin perhatian dari kita.Mereka inginkan ibubapa mereka berkongsi segala perkara yang mereka buat.




M-CHAT R ( Modified Checklist for Autism in Toddlers Revised )


    Salah satu cara untuk pastikan anak kita Autisme atau tidak ialah guna checklist online ni...Saya tahu pun dari Mr Google dan blog2 yang saya selalu research..Nama test ni ialah  M-CHAT-R atau nama panjang ialah MODIFIED CHECKLIST FOR AUTISM IN TODDLERS,REVISED.Saya dh buat utk Qayyum dan akan bawak sekali result test ni semasa appoinment akan datang.Mungkin result ni dapat membantu.

Jadi utk buat test ni,parents kena la jujur dan tahu perkembangan anak masing-masing.Barulah result test yang diperolehi dapat memberi jawapan apa yg anda mahu.


M-CHAT R


Result yg saya buat utk Qayyum


Nak tahu lebih lanjut,sila klik link ni....http://www.autismspeaks.org/what-autism/diagnosis/mchat.

# Perhatian : ini adalah salah satu cara  utk membantu ibu bapa mengetahui sama ada anak mereka Autisme atau tidak..Nk tahu lebih lanjut,sila rujuk Pakar Pediatrik atau Pakar Psikitri Kanak-Kanak.