Showing posts with label Qayyum. Show all posts
Showing posts with label Qayyum. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Thursday, June 19, 2014

Chapter 4 : Checkup Gigi Qayyum yg Pertama


Klinik Doktor Husli
Beberapa hari lepas,Qayyum mengadu sakit gigi.Jadi saya pun tengoklah mana gigi yang sakit..Wah...Gigi geraham sebelah kiri dah mula rosak.Ni semua gara-gara makan banyak gula-gula la..Qayyum ni pantang nampak ja gula-gula,habis dimakannya..
Habis satu rumah ditunjuk gigi dia yang sakit tu..Dalam hati pikir macam mana nk buat ni..Saya pun ambik la ubat demam Qayyum sebelum ni..Kebetulan ubat tu memang utk sakit gigi sama..Bagi Qayyum makan..Lega la kejap....Tak sampai sejam,sakit pulak..Meraung la Qayyum lagi.Serba tak kena dibuatnya..Sebab nk makan ayam x boleh...Heheheh...

Waktu tidur Qayyum pun terjejas disebabkan giginya yang sakit tu..Tak boleh jadi ni..Kena jugak bawak Qayyum jumpa doktor gigi..Walaupun rasa susah hati mcmana reaksi Qayyum nanti..
Pagi tu kami ramai2 buat lawatan kat klinik gigi..Heheh..Si Qayyim pun sibuk gak nk ikut.Sementara nk tggu giliran jumpa doktor,macam2 posing dibuat 2 beradik ni...
 
Cantik x gigi saya?

Macam ni gelagat Qayyum kalau kena tggu lama..Tapi saya akan pastikan bawa kereta mainan Qayyum setiap kali keluar rumah.Senang sikit nak handle..Tengok..Depan pintu pun boleh jadi trek kereta dia...

Qayyim kacau abahnya tidur
Sampai giliran Qayyum,abahnya la yang uruskan segalanya...Hehehe..Tak sampai 5 minit masuk,tiba2 Qayyum keluar nak ke tandas..2 3 kali jugak la keluar masuk tandas..Maknanya dia takut tu...Tapi Dr Husli ni pandai ambik hati budak2..Dia x terus check gigi Qayyum...Dia check tapak tangan dulu..Sembang dengan Qayyum..Last baru Dr Husli check gigi Qayyum..Kejap ja..Qayyum terus turun dari kerusi..

Saya dipanggil selepas Qayyum keluar...Apa pulak doktor nak kata ni..Dr Husli cuma nk terangkan ja..Hasil pemeriksaan Dr Husli,gigi Qayyum semuanya elok.Dia pun heran macam mana boleh gigi geraham sahaja yg rosak.Selalunya budak seusia Qayyum gigi banyak yg rosak..Dr Husli cuma bagi antibiotik dan ubat tahan sakit sahaja.Gigi Qayyum tak akan dicabut..Lega rasanya bila dgr Dr kata mcm tu.

Dr Husli kata gigi Qayyum dapat B+...Dr puji maknya pandai jaga gigi anaknya...(Hahaha) Bukan senang nk suruh Qayyum berus gigi..Hari-hari kena buat demo dlm bilik air...Alahai anakku Qayyum....

Sunday, June 15, 2014

Chapter 3 - Terapi Utk Qayyum : Bercuti di KL

Cuti sekolah yang lepas,kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur dan ia adalah aktiviti mencari pengalaman baru utk anak-anak terutama sekali utk Qayyum.


1. Naik LRT 

Ajar anak-anak cara nk beli tiket LRT

Qayyum dalam LRT

2. Ronda dalam KLCC

Ronda-ronda


Mandi-manda di kolam



3. Main kat Taman Tasik Titiwangsa


Play Time

4. Otw nak balik SP ( RNR Tapah dan Sg.Perak )


Qayyum dan adik Qayyim

Qayyum

Hasil dari percutian utk Qayyum

  • Banyak bercakap dan bercerita.
  • Boleh sesuaikan diri di khalayak ramai.
  • Kurang rasa takut pada orang asing.
  • Bergaul dengan rakan sebaya.
  • Belajar berdikari

M-CHAT R ( Modified Checklist for Autism in Toddlers Revised )


    Salah satu cara untuk pastikan anak kita Autisme atau tidak ialah guna checklist online ni...Saya tahu pun dari Mr Google dan blog2 yang saya selalu research..Nama test ni ialah  M-CHAT-R atau nama panjang ialah MODIFIED CHECKLIST FOR AUTISM IN TODDLERS,REVISED.Saya dh buat utk Qayyum dan akan bawak sekali result test ni semasa appoinment akan datang.Mungkin result ni dapat membantu.

Jadi utk buat test ni,parents kena la jujur dan tahu perkembangan anak masing-masing.Barulah result test yang diperolehi dapat memberi jawapan apa yg anda mahu.


M-CHAT R


Result yg saya buat utk Qayyum


Nak tahu lebih lanjut,sila klik link ni....http://www.autismspeaks.org/what-autism/diagnosis/mchat.

# Perhatian : ini adalah salah satu cara  utk membantu ibu bapa mengetahui sama ada anak mereka Autisme atau tidak..Nk tahu lebih lanjut,sila rujuk Pakar Pediatrik atau Pakar Psikitri Kanak-Kanak.