Monday, April 14, 2014

Chapter 1: Anakku Qayyum dan Autisme


Qayyum Absyar..Seindah namanya " Kekal Bergembira ".Dilahirkan pd 27 Febuari 2009 di HSAH Sg.Petani,Kedah dgn berat 3.55kg secara C-Section.

Dilahirkan sempurna sehinggalah Qayyum berusia 3 thn,masih tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak seusianya.Cuma tahu panggil mak,ayah,kakak dan adik.Kebetulan,Wanita Hari Ini TV3 ada mengulas mengenai Autisme.Ciri-ciri yang diterangkan ada pada Qayyum.Lalu saya mula membuat research di internet.

Ciri-ciri Autisme yang ada pd Qayyum :
  • Tidak menoleh apabila dipanggil namanya.
  • Menarik tangan atau baju sekiranya inginkan sesuatu.
  • Menghempaskan kepala ke dinding.
  • Berpusing tanpa henti.
  • Suka bermain dengan mainan atau benda yang beroda.
  • Suka menyusun benda secara memanjang.
  • Tantrum ( Mengamuk ) sekiranya kemahuan tidak dituruti.
  • Tidak rasa sakit.
  • Suka bermain seorang diri.
  • Suka bercakap menggunakan bahasa yang sukar difahami.
  • Tidak pandai berkawan.
  • Takut dengan bunyi bising atau terlalu kuat.
  • Takut gelap.
  • Tidak sukakan perubahan.
  • Takut dengan orang asing.

Setelah puas saya mengkaji,barulah saya membawa Qayyum berjumpa doktor pakar Kanak-Kanak di HSAH utk kepastian.Di sana,Qayyum terpaksa menjalani ujian Pendengaran dan Percakapan.Alhamdulilah,pendengaran Qayyum tiada masalah.Pakar mencadangkan Qayyum dimasukkan ke tadika utk melihat perkembangannya.Terapi percakapan masih diteruskan walaupun dignosis Qayyum tidak diketahui lagi.
2 tahun...kami berulangalik ke hospital utk melakukan terapi.Kini Qayyum dah genap 5 thn dan mula bersekolah di Tadika Kemas seperti yang dicadangkan oleh pakar.



No comments:

Post a Comment