Sunday, April 13, 2014

Apa itu Autisme?


Terdapat berbagai-bagai ciri kanak-kanak yang menghidap autisme. Namun begitu, tidak seperti masalah Sindrom Down, autisme tidak dapat dikesan sebelum, semasa atau selepas proses kelahiran. Ini adalah kerana penghidap autisme tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda kelainan mereka. Ciri-ciri autisme akan mula kelihatan pada usia 18 bulan ke atas. Dianggarkan 75 peratus kanak-kanak autisme mengalami masalah kerencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius.Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak biasa lain. Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Ibu bapa seharusnya peka terhadap sebarang perubahan atau tindak balas yang berlaku pada anak mereka. Jika anak mereka masih belum bercakap atau berjalan mereka haruslah segera membuat pemeriksaan pakar perubatan. Pengesanan awal dapat dilakukan semasa proses pembesaran bayi tersebut. 

Secara ringkasnya antara ciri-ciri awal autisma adalah :
                      i.        Tidak seperti bayi normal, sesetengah daripada penghidap autisme adalah mereka tidak gemar susu ibu. Mereka akan menolak atau menangis sekiranya ibu mereka cuba untuk menyusui mereka.
                    ii.        Mengalami masalah untuk tidur, dan sering terjaga pada malam dan mula menganggu orang lain disekitarnya.
                   iii.        Mereka tidak menunjukkan  minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
                   iv.        Mereka tidak mengenali ibu bapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka, semua orang sama sahaja.
                    v.        Mereka tidak menunjukkan sebarang minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.
                   vi.        Mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
                  vii.        Mereka lebih suka bermain secara bersendirian berbanding bermain bersama kawan-kawan sebaya. Di  samping itu, mereka juga tidak takut apabila ditinggalkan berseorangan.
                viii.        Mereka tidak suka kepada sentuhan. Sekiranya disentuh dan mereka tidak selesa dengan sentuhan tersebut, mereka akan mengeraskan badan.
                   ix.        Mereka lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.
                    x.        Mereka gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding menyampaikan menggunakan lisan.

Selain daripada tanda-tanda awal di atas, penghidap autisme juga sering menunjukkan keganjilan dalam proses pergaulan mereka. Antara tanda-tandanya ialah :
              i.        Mereka tidak tahu memulakan pergaulan dan tidak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan.
            ii.        Mereka tidak mempedulikan perasaan orang disekitar mereka.
           iii.        Mereka tidak mempunyai ‘eye contact’ dengan orang lain dan sering mengelak daripada bertentangan mata semasa bercakap.
           iv.        Mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak ke sana dan ke mari.
            v.        Mereka tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecederaan yang dialami.
           vi.        Sesetengah daripada mereka mengalami fobia atau ketakutan terhadap air atau bunyi bising. Mereka akan menjerit ketakutan.
          vii.        Mereka akan mencederakan diri sendiri sekiranya berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. Namun begitu, situasi ini jarang berlaku.
        viii.        Mereka melepaskan rasa marah dan tidak puas hati dengan membaling barang.
           ix.        Mereka sukar untuk memahami dan seterusnya menerima arahan yang diberikan kepada mereka.

Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal. Apabila berada ditengah khalayak ramai kita tidak dapat membezakan antara kanak-kanak autisme dan kanak-kanak biasa.Walaupun mereka begitu,namun adakalanya mereka memaparkan tingkah laku dan dan pola perkembangan yang berbeza.Apabila masalah lambat ditangani ia memberi kesan yang serius pada perkembangan kanak-kanak dalam semua bidang terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi.
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengenal pasti masalah kanak-kanak autisme di peringkat awal kerana pengesanan diperingkat awal akan memberi kesan dan pengaruh kuat pada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak autisme. Ciri-ciri kanak-kanak autisme dapat dijelaskan lagi secara lebih terperinci mengikut ciri-ciri di bawah:


4.1       Kesukaran Dalam Interaksi Sosial
Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau. Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisma. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

4.2       Kanak-Kanak Autisme Gagal Untuk Memberi Respons
Kanak-kanak autisme gagal untuk memberi respon apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta deria rasa. Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk

4.3       Masalah dari segi perkembangan imaginasi, pengawalan yang terhad
Selain dari mengalami tanda-tanda dari segi pergaulan sosial mereka, kanak-kanak autisme juga mengalami masalah dari segi perkembangan imaginasi, pengawalan yang terhad dalam aktiviti seharian mereka. mereka sering melakukan pergerakan badan yang stereotaip. Di samping itu, mereka juga hanya bermain sesuatu yang sama sahaja dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan tanpa melakukan sebarang ubahsuai atau variasi seperti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak normal. Ada sesetengah daripada mereka mempunyai tahap IQ yang rendah tetapi ada juga yang sebaliknya. Terdapat sesetengah kes yang menunjukkan IQ kanak-kanak autisme berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, mereka juga gemar menggerakkan badan secara berulang-ulang contohnya menghayun tangan secara berulang-ulang, menggelengkan kepala, memetik jari, dan sebagainya. Mereka juga lebih cenderung untuk mengenali sesuatu dengan cara menghidu atau menjilat benda tersebut.


4.4       Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri:
  • Adakalanya kanak-kanak ini memeriksa bahagian-bahagian anggotanya seperti kaki dan tangannya seolah-olah benda itu baru dan pelik.Proses ini berjalan sehingga ke peringkat remaja.
  • Gemar membuang masa pada sesuatu objek dan tidak menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
  • Suka membawa pelbagai objek ke sana sini.Menunjukkan kemarahan yang amat sangat apabila objek yang dibawa hilang.
  • Sangat menyayangi sesuatu objek yang disukainya.
  • Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek itu.
  • Permainan yang aneh seperti memusing objek,menggoyangkan tali,menggoncang objek di dalam tin,mengoyak kertas dan sebagainya.

4.5       Tidak suka kepada persekitaran yang berubah dan suka kepada   kesamaan dari    semua aspek.
  • Sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin contohnya menukar pakaian,makanan atau mengubah jalan.
  •  Menolak penerimaan belajar perkara-perkara yang baru.
  • Menunjuk kemarahan jika perabot-perabot dalam rumah di ubah-ubah.
  • Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
  • Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
  • Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
  • Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.

4.6       Masalah tingkah laku
Aktif tetapi berperangai pelik kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.

4.7       Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi
Terdapat juga beberapa tanda-tanda lain yang dapat diperhatikan pada kanak-kanak autisme. Mereka didapati lemah dalam pertuturan antara masalah pertuturan yang sering di hadapi oleh kanak-kanak autism adalah masalah lambat memulakan pertuturan, tiada babbling , gerak laku, isyarat dan percakapan, tidak menggunakan isyarat dalam perbualan semulajadi dan mereka selalu bercakap tentang sesuatu yang tidak difahami oleh orang-orang di sekelilingnya.
Selain itu, masalah dari segi pertuturan yang ketara bagi kanak-kanak autisme adalah masalah echolalia. Echolalia membawa maksud pengulangan yang tidak mempunyai sebarang makna pada sesuatu ayat yang dicakapkan oleh individu yang lain.  Seperti yang dikatakan oleh Fay ( 1969 ) 75% kanak-kanak autisme akan mengulangi semula percakapan yang didengar. Terdapat dua jenis echolalia :
                      i.        Immediate Echolalia  -  Ibu : “ Ani mahu makan?’’
                                      Kanak – kanak autism : “ Ani mahu makan?’’
                    ii.        Mitigated Echolalia :
Echolalia jenis ini terbahagi kepada 3 iaitu –
a)    Tukar ganti nama
b)    Memendekkan ayat
c)    Jawapan positif atau negatif

No comments:

Post a Comment