Sunday, June 15, 2014

Apa itu Tantrum dan Puncanya...




APA ITU TANTRUM?

Emosi yang diluahkan oleh kanak-kanak berusia dari sembilan bulan hingga setahun.Anak kecil seusia ini tidak tahu bagaimana utk memberitahu dan cara untuk mengendalikan perasaan mereka.

Masalah ini dapat diatasi apabila mereka berusia 3 tahun ke atas dan ianya akan hilang dengan sendiri.Dari segi psikologi,kanak-kanak melakukan tantrum kerana mereka ingin jadi lebih berdikari.Mereka ingin melakukan aktiviti harian seperti memakai baju sendiri,makan sendiri tetapi mereka kecewa kerana tidak dapat melakukannya sendiri.
 

PUNCA-PUNCA TANTRUM
  • Fizikal tidak selesa seperti lapar,penat atau sakit
  • Emosi tidak terkawal seperti takut,teruja atau bosan.Contohnya kunjungan temujanji doktor atau aktiviti membeli belah yang lama.
  • Ingin mendapatkan perhatian.Contohnya apabila anak membuat tindakan yang melampau sebenarnya adalah isyarat bagi ibu bapa yang mereka ingin perhatian dari kita.Mereka inginkan ibubapa mereka berkongsi segala perkara yang mereka buat.




No comments:

Post a Comment