Tuesday, February 4, 2014

Darah Tinggi ( Hipertensi )


Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.


Faktor-faktor penyebab darah tinggi 

  • Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
  • Keturunan.
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
  • Merokok.
  • Pengambilan berlebihan alkohol, garam.
  • Kegemukan, kurang senaman.
  • Stres yang berlebihan.
  • Diabetes.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Penyakit adrenal.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan. 

Komplikasi

  • Angin ahmar (stroke)
  • Serangan jantung.
  • Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
  • Kegagalan buah pinggang.

Produk Shaklee yang Dicadangkan 

COQ Health Plus
  • Boleh mengurangkan tekanan darah tp ia mungkin mengambil 4-12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan.


Omega Guard
  • Boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Bertindak melancarkan saluran darah.
  • Merendahkan tahap kolestrol dalam darah.

Garlic

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol.
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
  • Menurunkan kolestrol LDL,trigliselida  dan kelikatan darah.


No comments:

Post a Comment